Akaun abrbrillante.onpay.my telah dibekukan. Segala kesulitan yang dialami adalah amat dikesali.
Penguatkuasaan Akta Perkhidmatan Bomba (Akta 341) & Liabiliti Penghuni

Tahukah anda bagaimana api boleh terjadi?


Bagaimana kita nak elakkan api terjadi?


Pernahkah anda dengar mengenai FIRE TRIANGLE atau FIRE TETRAHEDRON?


Apabila kita sudah mengetahui bagaimana api boleh terhasil, maka secara automatik kita dapat mengelakkan kebakaran daripada berlaku. Di dalam buku ini, anda banyak lagi isu-isu yang dikupas termasuklah prinsip penyebaran haba, kelas-kelas kebakaran dan contoh-contoh punca kebakaran.


Penguatkuasaan dalam keselamatan kebakaran mungkin jarang diketahui ramai kerana hakikatnya hanya mereka yang terlibat secara langsung sahaja mengetahuinya seperti arkitek, jurutera, pegawai bomba dan lain-lain yang berkaitan sama ada secara langsung atau tidak.


Selain daripada itu banyak lagi tajuk-tajuk lain yang dikongsi yang ada kena mengena dengan anda semua. Tajuk-tajuk lain yang dikongsi dalam buku ini termasuklah :-


Jenayah dan Kesalahan Di Bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988


Undang-undang Kecil Bangunan Seragam 1984


Apa kategori bangunan yang memerlukan perakuan bomba


Mengupas, Mengenalpasti dan Menghapuskan Bahaya Kebakaran 


Pengenalan Sistem Perundangan Malaysia


Pendakwaan Di Bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988


Tugas Dan Tanggungjawab Penghuni Premis


Liabiliti Penghuni Dalam Konteks Undang-undang


Isu-isu Semasa Kes Kebakaran Dalam Perspektif Undang-undang Tort


Budaya Keselamatan Kebakaran 


Dan Banyak Lagi....


Persoalan sekarang siapa yang perlu memiliki buku ini??

Jika anda seorang usahawan yang ingin membina bangunan perniagaan, buku ini akan menjelaskan tentang keperluan yang perlu dikemukakan kepada Jabatan Bomba bagi tujuan kelulusan dan perakuan.

Jika anda seorang pengurus atau Pegawai Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan, buku ini mengandungi maklumat tentang pengawasan kebakaran.

Jika anda pemunya bangunan premis ditetapkan, buku ini menjelaskan tentang keperluan bagi mendapatkan sijil perakuan bomba bagi sesebuah bangunan.

Siapa lagi yang perlu memiliki buku ini?

Jurutera

Arkitek

Peguam

Kontraktor

Pengurusan Sekolah

Pengurus Asrama

Pengusaha Hotel

Pelajar

dan sesiapa sahaja yang ingin mengetahui tentang asas sains api, asas undang-undang bangunan, konsep keselamatan kebakaran, hak-hak di bawah undang-undang sivil (tort) khususnya dalam kes kebakaran, penguatkuasaan dan pendakwaan di bawah Akta Perkhidmatan Bomba 1988. 





Perlukan Bantuan?