
Had jalan mati, jarak perjalanan dan jadual beban pendudukan terletak di dalam jadual ketujuh UBBL 1984. Apakah asas utama dalam menentukan keperluan jadual ketujuh ini. Dengan memahami keperluan jadual ini, secara automatik kita akan mengetahui had limit jalan mati dan travel distance. Saya juga akan tunjukkan macam mana nak guna jadual ini.
Paling penting saya akan tunjukkan cara pengiraan beban pendudukan mengikut kumpulan maksud sesuatu bangunan. Daripada pengiraan ini barulah kita akan tahu berapa lebar tangga yang diperlukan dan berapa jumlah tangga yang sepatutnya disediakan.
Bagi mereka yang hendak membeli atau menyewa sesuatu pejabat atau kedai, perlu mengetahui basic design ini. Secara tidak langsung kita akan jadikan kriteria memeriksa had jalan mati, travel distance dan kelebaran tangga sebagai perkara utama yang perlu diperiksa sebelum menandatangani perjanjian sewa beli. Terutamanya pada premis yang sudah membuat renovasi yang cantik. Pastikan perubahan yang dibuat itu sama seperti drawing yang sudah diluluskan oleh pihak berwajib.
=================================
Latar Belakang Penceramah
Nama saya Azahar Bin Rabu. Pernah berkhidmat dalam Jabatan Bomba lebih dari 14 tahun. Mempunyai kepakaran dalam menentukan keperluan pasif dan aktif sesuatu bangunan. Telah menyemak lebih dari 2000 pelan arkitektural dan M&E. Telah memeriksa lebih dari 100 bangunan di sekitar Kuala Lumpur sebelum pengeluaran CCC. Banyak membuat perkongsian ilmu design di IPTA dan IPTS, JKR, Pihak Berkuasa Tempatan, Firma-firma arkitek dan beberapa platform lain seperti fb, blogspot dan youtube channel.
==============================================
Apa yang akan kita pelajari di dalam kelas ini termasuklah :-
Maksud had jalan mati
Maksud jarak perjalanan
Cara implement had jalan mati dan jarak perjalanan
Cara pengiraan beban pendudukan dalam menentukan kelebaran pintu atau tangga
Klausa berkaitan yang perlu dirujuk
Kaitan jadual ketujuh dengan jadual kelima
Adakah dengan mengadakan 2 tangga masalah had jalan mati tidak wujud lagi
Keadaan mana yang mewujudkan jarak perjalanan
Apa itu jarak tepat
Masa bila had jalan mati perlu ditentukan dari pintu bilik atau dari dalam bilik
Kaitan jarak perjalanan dengan tangga
dan banyak lagi....
Maklumat Kelas seperti di bawah:
Tarikh : 25 November 2020
Masa : 8.30 malam - 10.00 malam
Platform : Google Workspace
Bayaran : RM50.00
**Pastikan akan join kelas ini 15 minit lebih awal. Link kelas akan diberikan selepas pengesahan bayaran. Sila semak email anda. Tepat jam 8.30 malam kelas akan bermula.
**Bagi yang berminat menjana pendapatan sampingan boleh daftar sebagai agen affiliate. Komisyen sebanyak 10% akan diberikan setiap kali pendaftaran peserta berjaya dilakukan di bawah link anda. Boleh daftar sebagai agen affiliate di https://abrbrillante.onpay.my/affiliate/.